index
Home
whois?
archive
Songblog
Photoblog
Shoutbox
sembang bebaik na
today's aayah
upcoming event
Islamic Fall Retreat (IFR)
platform
mas
i read
News
cnn
link
Posted by shamsuddin at 12/08/2003 09:42:00 PM
Posted by shamsuddin at 12/05/2003 04:56:00 PM
Posted by shamsuddin at 12/03/2003 08:22:00 PM
Posted by shamsuddin at 12/01/2003 08:37:00 PM
Posted by shamsuddin at 11/30/2003 06:23:00 AM
nasheedradio
Tune in to my Nasheed Radio
Saturday
--------------------
9:00 am CT 10:00 pm MYS
Ceramah Teleconference
--------------------
10:00 pm CT 11:00 am MYS
Pilihan Bersama
More info?
October 18, 2003
CWRU, Ohio
"TRUE MUSLIM"
--------------------
msm
misg
misna
msa national
famsy
ipij
utusan
harakah
aljazeera
malaysiakini
Dari blogspot ke sodeeq.com (entry terakhir di blogspot)
Assalamu'alaykum warahmatullah.
Entry pertama basikalus di sodeeq.com. Dengan ini basikalus secara rasminya mengumumkan bahawa basikalus akan bernaung di bawah komuniti sodeeq.com dengan url yang baru iaitu
http://basikalus.sodeeq.com http://basikalus.sodeeq.com http://basikalus.sodeeq.com
Kepada sesiapa yang masih menggunakan basikalus.blogspot.com untuk mengunjungi weblog basikalus ni, bolehla bertukar ke url yang baru tu ye. Sebab basikalus rasa lepas ni insyaAllah basikalus hanya akan update weblog di sodeeq.com. Mari sama2 kita ikuti sesi temuramah di bawah untuk maklumat lebih lanjut.
Apa bezanya basikalus di blogspot dan basikalus di sodeeq?
Em..apa bezanya ye? Secara asasnya, memang tiada perubahan apa2. Cuma platformnya sahaja yang berbeza. Feel menulis pun lain sikit kot. Dah nama pun sodeeq.com kan..ehe. Mudah-mudahan kualiti penulisan tak berubah, atau mungkin akan lebih baik lagi.
Kalau masuk juga url basikalus.blogspot.com tu apa akan jadi?
Good question. InsyaAllah takda apa2 yang akan jadi pun. Cuma anda akan lihat weblog basikalus tu tak berupdate je la. Kalau nak masuk jugak..sila lah, takde siapa nak marah pun.
Macamana pulak dengan url http://basikalus.no-ip.com?
Yang tu insyaAllah boleh guna lagi. Kalau dah biasa sangat guna url tu takpe. InsyaAllah akan di directkan ke page basikalus di sodeeq ni. Tapi sejak dua tiga hari ni no-ip pun buat popup jugak. Kalau anda semua tak kisah dengan popup2 nih. Teruskan je la ye.
Eh tapikan..apa sebenarnya sodeeq.com nih? Sapa yang buat?
Kalau nak tahu lebih lanjut. Layarilah http://www.sodeeq.com/. Boleh kemukakan pertanyaan anda kat sana ok.
Shoutbox tu baru eh? Kenapa tak guna yang lama je? Arahan dari pengurusan sodeeq ke?
Oo..Tak2. Perubahan shoutbox ni tiada kena mengena dengan pemindahan ke sodeeq.com. Basikalus saja je tukar yang baru, sebab yang baru ni takde hasilkan popup. Kalau yang lama tu kadang2 ada popup keluar. So tak best la kan. Tambahan pulak yang baru ni ada archive, maknanya bolehla tengok msg yang lama2 tu. Secara keseluruhannya yang baru ni bagus lagi la kan?
Shoutbox tukar..template tanak tukar ke?
Soalan maut nih. Niat di hati memang nak tukar template. Tapi tu la, takde la pulak template baru yang basikalus berkenan. Lagipun leceh sikitla nak tukar2 template ni, kena luangkan masa banyakkk sangat nak edit2 semua. Biar je la yang ni dulu ye. Ke dah jemu sangat tengok template yang ni? Kalau dah jemu sangat basikalus gagahkanla carik yang baru.
Ok insyaAllah kita jumpa lagi di entry yang lain. Wassalamu'alaykum warahmatullah. Bye bye blogspot
Friday, December 05, 2003
Eh...?? Dah pindah ke belum?
Assalamu'alaykum warahmatullah. Basikalus sebenarnya dah pindah dah ke sodeeq.com. Tapi macamana ye..ada problem sikit. Tajuk untuk setiap entry basikalus tu jadi terlebih2. Lagi satu semua entry jadi satu paragraph je. Memang susah sangat nak baca. Basikalus rasa masa nak pindahkan dulu basikalus dah silap ikut arahan. Kena susahkan bro aseel lagi lepas ni nak try pindahkan balik.
Takpela kan. Sementara tu kita duduk la rumah lama ni dulu. Sayang jugak nak tinggalkan blogger ni. Maklumla dah banyak berjasa. Dengan blogger ni jugakla basikalus memulakan hidup sebagai seorang blogger. Memang banyak kenangan pahit manis sama2 dengan blogger ni. Chewah. Biasala kan, nak berpisah ni kena la feeling sikit.
Rasanya dalam banyak2 kenangan tu, banyak jugakla yang manis2. Tapi basikalus tak berapa nak ingat sangat apa yang manis2 tu. Yang basikalus ingat semua pahit2 belaka. Ketika blogger ni buat hal beberapa kali. Penat2 basikalus berceloteh panjang2, bila dah tekan publish, keluar page error pulak. Memang rasa teruji sangat kesabaran basikalus ni. Siapa2 yang pernah alami pengalaman yang sama, fahamla sejauh mana tergurisnya hati ni kan. Sampai lepastu merajuk sekejap daripada nak update dengan entry baru. ehe. Macamanapun seingat basikalus ada dalam 3 4 kali je masalah macam ni jadi. Tu la manusia kan. Susah sangat nak bersyukur dengan apa yang ada. Kalau nak ikutkan blogger bagi khidmat percuma je. Dahla percuma boleh pulak update bila2 yang kita nak dan banyak mana entry yang kita nak letak. Tapi masalah yang jadi 3 4 kali tu jugak yang kita ingat.
Kalau nak bagi overall rating untuk perkhidmatan blogger. Basikalus bagi 10 out of 10 bintang la. Sebabnya basikalus memang begitu berpuas hati dengan apa yang disediakan. Alhamdulillah.
Selamat Hari Raya II
Selamat Hari Raya II?? Kenapa pulak? Ucapan ni basikalus tujukan untuk sahabat2 yang dah selesai puasa 6. Jadi kena ucap selamat hari raya 2 la kan. Basikalus pun tak habis lagi sebenarnya. Sapa2 yang dah habis tu tahniahla. Yang belum start tu nak tunggu apa lagi? Jom kita puasa ramai2.
Wednesday, December 03, 2003
Catatan Ummi 24
Bismillahir Rahmaa Nir Raheem
Assalamu'alaikum wr wb
Alhamdulillah kami memuji dan memohon pertolongan dan petunjuk-Mu. Semoga rahmat dan salam sentiasa dikurniakan kepada Rasul yang agong, penghulu kita, Nabi Muhammad saw. Hari ni genap 10 hari kita beraya bermakna sudah 10 hari berlalunya Ramadhan ...rindunya pada bulan Al Mubarak itu (miss u so much Ramadhan :()...tak tahu bagaimana hendak diceritakan cuma bila teringat adakah amalan di terima? ... maka kita lihat apa yang berlaku setelah selesai Ramadhan .. adakah kita bertambah seronok untuk beramal atau semakin lemah? nilailah diri masing-masing sebelum Allah nilai kita ... segerakan muhasabah diri agar kita tak terus lalai dalam kefana'an dunia ini...Allah itu Maha Mengetahui ...diberinya kita peluang untuk memperelokkan Ramadhan kita dengan menganugerahkan puasa enam Syawal...laksanakanlah ia seikhlasnya kerana Allah SWT semata-mata ...insyaAllah keredhaan-Nya akan memberikan kita pahala seperti berpuasa sepanjang hayat (mafhum hadis).
Wahai anak^ummi yang dikasihi kerana Allah SWT.. sebenarnya rasa kasih dan sayang antara kita adalah anugerah Allah SWT yang amat berharga jadi bajailah ia dengan iman dan ukhuwwah dan teruskan bersilaturrahim demi meneruskan perjalanan kita ke arah matlamat jauh dan dekat - yang dekat ialah yang tercapai di sini dan yang jauh ialah di akhirat kelak namun ia adalah selari ... hanya yang soleh dan solehah akan menikmati kemenangan di akhirat kelak. Rasulullah saw bersabda mafhumnya:
"Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan persaudaraan." (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Muhammad Ibnu Jubair bin Muth'im)
Salam sayang dan rindu dari ummimq pada semua anak^ummi di mana saja berada... taatilah Allah dan buatlah apa yang di suruh-Nya dan tinggal yang dilarang-Nya. Ameen Ya Rabbal Alameen.
Walaikumussalam wr wb
Ummi fid Deen
Ummimq
Nama-nama soleh dan solehah:-
1.Husamuddin - pedang agama
2.Imad - penyokong, tiang
3.Izzul Islam - kemuliaan Islam
1.Badzlina - murah hati
2.Nusrat - pertolongan
3.Khairina - kebajikan
Monday, December 01, 2003
Jom pindah!!!
Assalamu'alaykum warahmatullah. Basikalus baru la terkedek2 nak pindah ke sodeeq.com. Sahabat2 lain dah lama dah berhijrah ke sana. Kita tunggu apa akan jadi seterusnya...
Sunday, November 30, 2003
Alhamdulillah
Assalamu'alaykum warahmatullah. Kali ni basikalus hilang lagi. Mungkin tempoh yang paling lama dalam sejarah pemblogan basikalus. Alhamdulillah Allah berikan kekuatan semula pada basikalus untuk menulis kembali.
Ramadhan dah berlalu. Macamanapun the spirit of Ramadhan perlu juga dikekalkan. Basikalus tahu memang susah jugak nak jaga semua ni. Tapi bila difikirkan balik, rugi..tersangatlah rugi bila kita mensia siakan 'kursus' yang kita lalui selama sebulan dengan begitu sahaja. Bayangkanlah andainya kita mengikuti program pentarbiayahan secara terus menerus selama sebulan. Tak kiralah tarbiyah dari mana2 jemaah pun. Pastinya akan berlaku perubahan yang begitu ketara dalam diri kita, jika diizinkan oleh Allah. Tapi apalah sangat semua itu, jika nak dibandingkan dengan tarbiyah secara terus daripada Allah swt. Mahukah kita membiarkan pengalaman berkursus yang hanya datang setahun sekali ini berlalu tanpa ada sedikit perubahan pun dalam diri kita?
Kembali seperti asal
Tak lama dulu basikalus ternampak status seorang sahabat sebaik sahaja berakhirnya Ramadhan. Kembali Seperti Asal. Basikalus pun sebenarnya tak berapa pasti apa yang dimaksudkan oleh sahabat kita dengan status sebegini. Cuma rasanya status itu lebih baik kita pegang setiap kali bermulanya Ramadhan. Kerana apabila bermulanya Ramadhan, memang sepatutnya kita akan kembali ke keadaan asal. Kerana kita akan menjadi lebih dekat dengan Allah. Kerana kita akan menjadi lebih berhati-hati dalam setiap amalan dan perbuatan kita di sepanjang Ramadhan. Dan kerana memang itulah ciri-ciri yang sepatutnya ada dalam diri kita sebagai seorang hamba kepada Allah swt.
Semoga Allah memberikan peluang kepada kita untuk menemui Ramadhan yang seterusnya. Amin.